MMN semarakkan Ramadan

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Bagi melipatgandakan pahala pada bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) menyemarakkannya dengan Majlis Khatam Al-Quran dihoskan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

Turut hadir pada majlis itu ialah pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat. Majlis khatam itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti bacaan ayat-ayat lazim dan Takhtim seterusnya majlis berbuka puasa dan solat Fardu Maghrib berjemaah dan diakhirinya dengan menikmati jamuan bersama para jemputan yang hadir.

Majlis khatam itu merupakan sebahagian daripada aktiviti keagamaan jabatan itu pada bulan Ramadan ini bagi meraih pahala dan mengingati Allah S.W.T terutamanya pada hari-hari terakhir bulan Ramadan yang suci ini.

Ramadan yang hampir tiba ke penghujungnya disemarakkan dengan majlis-majlis khatam di seluruh negara dan warga Majlis Mesyuarat Negara tidak ketinggalan mengadakan majlis khatam di kediaman Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib (kanan) di Kampung Jerudong malam tadi. – Gambar oleh Pg Fairol RMF

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman (kanan, baju biru) menjadi hos majlis khatam warga Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat Negara di kediamannya di Kampung Jerudong kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman (kanan, baju biru) menjadi hos majlis khatam warga Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat Negara di kediamannya di Kampung Jerudong kelmarin.
Para pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran MMN.
Para pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran MMN.