MMN terima lawatan kerja

MMN terima lawatan kerja

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat telah menerima lawatan kerja daripada rombongan seramai 36 orang peserta Program Pembangunan Eksekutif Siri 13/2016 anjuran Kementerian Pertahanan, di Bangunan Dewan Majlis, di sini, hari ini.

Para peserta berkenaan terdiri daripada pegawai-pegawai dari beberapa buah kementerian termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan dan lain-lain kementerian dan jabatan, serta dari negara-negara luar seperti China, Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Rombongan dialu-alukan oleh Timbalan Jurutulis, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail yang seterusnya menyampaikan ucapan.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat dan penerangan mengenai Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat oleh Pegawai Perhubungan Awam, Dayang Siti Ajeerah binti Najib. Kemudiannya, rombongan dibawa melawat ke tempat-tempat utama di bangunan berkenaan seperti Bilik Chamber yang merupakan tempat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara diadakan setiap tahun.

Melalui lawatan tersebut, diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada rombongan mengenai fungsi dan peranan jabatan tersebut secara lebih meluas, di samping menjadi fasilitator bagi Majlis Mesyuarat Negara yang diadakan setiap tahun.

Gambar ramai rombongan di Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.
Gambar ramai rombongan di Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.