Mo Farah menang ‘berdarah’

Mo Farah menang ‘berdarah’

LONDON, 21 Feb (Reuters) – Pelari jarak jauh dunia, Mo Farah berlari dalam keadaan darah mengalir di kakinya akibat terluka namun insiden pertengahan perlumbaan itu tidak menghalangnya mencatatkan kemenangan pertamanya di Glasgow, semalam.

Sebulan selepas pemenang dua pingat Olimpik dari Britain itu ditewaskan, apabila hanya meraih tempat kedua di perlumbaan rentas desa Great Edinburgh, dia kembali ke Scotland untuk mengubati kekecewaan itu dengan memenangi acara 3,000 meter.

Selepas menjalani latihan intensif selama enam minggu di Ethiopia, pelari berusia 32 tahun itu berdepan tugasan mudah di kejohanan berkenaan dengan mengenepikan isu kecederaan akibat terkena spike pesaingnya untuk mencatat 7 minit 39.55 saat.

Tempat kedua untuk dimenangi pelari Kenya, Augustine Choge yang mencatat 7:40.66s.

“Saya mengalami beberapa luka,” kata Farah kepada media di Grand Prix Tertutup Glasgow.

Aksi Mo selepas memenangi larian 3000m di Glasgow. – Reuters
Aksi Mo selepas memenangi larian 3000m di Glasgow. – Reuters

“Saya cuba memaksa diri tetapi itulah perlumbaan dan ia kadangkala berlaku.

“Apa yang penting ialah memenanginya di depan penyokong sendiri. Sekarang saya perlu memberi tumpuan terhadap Kejohanan Separuh Maraton Dunia di Cardiff bulan depan dan adalah lebih manis sekiranya saya dapat meraih gelaran di sana.”

“Perkara yang paling penting adalah untuk menang di depan penyokong sendiri. Sekarang saya akan menumpukan perhatian kepada Kejohanan Separuh Marathon Dunia di Cardiff bulan depan dan ia akan lebih baik jika saya dapat meraih sebarang gelaran di sana.”

Juara 200m dunia Dafne Schippers juga turut diberi perhatian dengan mencatatkan rekod 7.10 saat di Arena Emirates pada jarak 60 meter.