Mo Farah menang emas berganda

Mo Farah menang emas berganda

BEIJING, 30 Ogos (AFP) – Mohamed Farah atau Mo Farah memenangi acara 5,000 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini, semalam, sekali gus mempertahankan kejuaraan itu yang dimenangi sebelum ini.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan pelari Britain ini memenangi emas berganda pada kejohanan di Stadium Sarang Burung itu, selepas meraih pingat serupa menerusi acara 10,000 meter pada awal minggu ini.

Pada perlumbaan sebentar tadi, Mo Farah mencatatkan masa 13 minit 50.38 saat dengan menguasai perlumbaan dari awal, sebelum melakukan pecutan pada jarak 80 meter terakhir.

Pingat perak pula milik pelari Kenya, Caleb Ndiku, yang mencatatkan masa 13: 51.75, manakala pelumba Ethiopia, Hagos Gebrhiwe meraih gangsa.

Kejayaan Mo Farah sebentar tadi itu menyaksikan dia muncul juara buat kali ketujuh bagi acara 5,000 atau 10,000 meter pada kejohanan dunia dan Olimpik sejak tahun 2011.

Mo Farah (tiga kanan) dan pemenang gangsa dari Habsyah Hagos Gebrhiwet (dua kiri) bergambar bersama pemenang emas 4x100m Jamaica, Usain Bolt (tiga kiri), Nickel Ashmeade (dua kanan) dan Asafa Powell (kanan) di Beijing semalam. – AFP
Mo Farah (tiga kanan) dan pemenang gangsa dari Habsyah Hagos Gebrhiwet (dua kiri) bergambar bersama pemenang emas 4x100m Jamaica, Usain Bolt (tiga kiri), Nickel Ashmeade (dua kanan) dan Asafa Powell (kanan) di Beijing semalam. – AFP

Sementara itu, pelari Ethiopia Mare Dibaba membuktikan dia adalah pelari terpantas maraton di dunia, apabila memenangi pingat emas acara itu pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini, semalam.

Dibaba mencatatkan masa dua jam 27 minit dan 35 saat, untuk mengenepikan pelari Kenya, Helah Kiprop dengan kelebihan satu saat selepas kedua-duanya saling memecut pada 50 meter terakhir larian.

Pelari Bahrain kelahiran Kenyan, Eunice Kirwa meraih gangsa selepas mencatatkan masa 2 jam 27 minit dan 39 saat.

Penyandang juara, Edna Kiplagat hanya mampu berada di tempat kelima, dibelakang rakan senegaranya, Jemima Sumgong.

ARTIKEL YANG SAMA