Mo Farah pertahankan emas 10,000m

Mo Farah pertahankan emas 10,000m

RIO DE JANEIRO, 14 Ogos – Pelari jarak jauh Mo Farah berkata dia teruja kerana mencipta sejarah selepas menjadi atlet Britain pertama untuk memenangi tiga pingat emas Olimpik selepas mempertahankan gelaran 10,000m awal pagi tadi.

Farah dipotong oleh rakan latihan dari Amerika Galen Rupp pada lap ke-10 dalam perlumbaan 25 lap itu, tersadung seketika namun dengan pantas berdiri kembali.

“Apabila saya jatuh saya rasa impian saya sudah musnah,” kata Farah, yang kini memenangi lapan kemenangan berturut-turut dalam larian 5,000 atau 10,000m pada kejohanan dunia atau Olimpik sejak 2011.

“Saya menjanjikan anak sulung saya Rihanna sebuah pingat jadi saya tidak mahu mengecewakannnya.

“Itu sebabnya saya begitu emosi pada akhir perlumbaan.”

pg21_160815_olympic logo

Mo Farah yang memenangi larian jarak jauh 10,000m. – AFP
Mo Farah yang memenangi larian jarak jauh 10,000m. – AFP

Farah kembali menemui rentaknya, menanti masa yang sesuai sehingga hanya tinggal lap sahaja.

Sementara pelari Kenya Paul Tanui memecut ketika loceng dibunyikan bagi menandakan lap terakhir, Farah terus menjejaknya dan satu lonjakan melihatnya berlari bagi mempertahankan gelarannya. Pelari Ethiopia Tola memenangi pingat gangsa.

Jika Farah juga mempertahankan gelaran 5,000m, dia akan menjadi atlet pertama sejak atlet Finland Lasse Viren pada 1976 untuk mempertahankan dua gelaran Olimpik larian jarak jauh.

“Sejak empat tahun kebelakangan, Saya percaya orang ramai telah melihat saya memenangi dunia dan kembali semula. Saya mempunyai sasaran sendiri,” ujar Farah, yang lahir di negeri Somalia yang dilanda perang sebelum berpindah ke negara jiran Djibouti dan kemudian Britain di usia lapan tahun.

“Ia satu perasaan hebat untuk memenangi pingat buat negara saya.

“Inilah hasil daripada latihan saya. Ini begitu baik untuk berupaya mencipta sejarah dan menjadikan negara saya bangga. Buat acara 5,000m saya hanya perlu fokus untuk pulih kembali, mencuba sebaik mungkin dan lihat apa yang terjadi.

“Saya adalah orang yang memenangi pingat berbanding berlari untuk masa pantas. Salah satu perkara yang membuatkan saya untuk terus bersaing adalah memenangi pingat buat negara saya dan menjadikan negara saya bangga.” – AFP