MoA INELI-ASEAN ditandatangani

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mac – Sebagai usaha untuk menubuhkan hubungan talian Perpustakaan Awam Maklumat ASEAN, satu memorandum perjanjian (MoA) untuk menganjurkan INELI-ASEAN dari 22 hingga 24 Mac ini telah ditandatangani dalam satu majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Lapangan Terbang Lama Berakas, hari ini.

MoA ini dipersetujui oleh tiga pihak iaitu Pengarah DBP, Hajah Sariani binti Haji Ishak; Presiden Persatuan Perpustakaan Brunei, Nelli bin Dato Paduka Haji Sunny dan Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara Filipina, Blesila P.Velesco.

Projek ini telah diperkenalkan pada bulan Jun 2015 semasa Persidangan CONSAL di Bangkok, Thailand dan dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun.

Peserta projek ini terdiri daripada inovator, penaja, mentor, fasilitator dan rakan-rakan institusi dengan pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Projek INELI-ASEAN untuk mengikuti projek ini selaku inovator.

Ketika majlis penandatanganan berlangsung.
Ketika majlis penandatanganan berlangsung.

INELI-ASEAN merupakan sebuah projek yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Filipina dengan kerjasama Yayasan Bill & Melinda Gates.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Muhammad Yadey Hazabillah bin Haji Mohd Zain diikuti dengan ucapan daripada Pengarah DBP.

Majlis menandatangani MoA berkenaan disaksikan oleh Pengarah DBP, para pegawai kanan dan kakitangan DBP.