MOD, RB Veteran raih mata penuh

MOD, RB Veteran raih mata penuh

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST 2016 – Piala Presiden hari ini diteruskan lagi dengan tiga perlawanan yang berlangsung di tiga lokasi di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait.

Pasukan MOD tampil bergaya dengan tiga mata penuh apabila menumpaskan pasukan Manggis dengan jaringan 0-2, sementara RB Veteran turut memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila berjaya menumpaskan Muara Spurs dengan kemenangan tipis 1-0 .

Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya di Berakas, Awang Azmanudin bin Haji Gilen membuka tirai dan seterusnya menyuntik semangat kepada rakan sepasukan untuk terus mara pada awal babak kedua perlawanan.

Sajulai (jersi 17 biru) ketika mengawal bola pada perlawanan tersebut.
Sajulai (jersi 17 biru) ketika mengawal bola pada perlawanan tersebut.

Seminit sebelum masa penuh, Sajulai Ahmad menambah luka pasukan Manggis apabila berjaya menembusi gawang gol pasukan Manggis dengan jaringan untuk menjadikan kedudukan Manggis 0-2 berpihak kepada Pasukan MOD.

Nasib yang sama menimpa pasukan Muara Spurs apabila terpaksa akur dengan gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh Awang Diny bin Haji karim pada minit ke-78 perlawanan, sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh kepada pasukan RB veteran.

Satu lagi perlawanan berlangsung di sebalah malam hari ini adalah di antara PBDB menentang pasukan Brunei Shell Recreation Club di padang BSRC di Daerah Belait bermula jam 8 malam.