Model baru Au...

Model baru Audi dilancar

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Pengedar tunggal kereta Audi, TCY Motors Sdn Bhd hari ini melancarkan dua model baru daripada rangkaian Audi Sport Brunei, S3 Sedan dan S6 Sedan V8 dalam majlis yang berlangsung di Bilik Pameran TCY Motors di Kiarong.

Pelancaran disempurnakan oleh Duta Besar Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Roland Grafe dan turut dihadiri oleh Pengarah Pengurusan TCY Motors, Teng Chee Khiong yang kemudiannya menyampaikan cenderamata kepada duta besar Jerman.

Hadir sama ialah tetamu kehormat daripada BIBD Perdana, Bank Baiduri dan juga Syarikat Better Sdn Bhd. Pelancaran juga dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Kuiz Facebook yang diadakan selama seminggu sebelum ini.

Model-model baru daripada rangkaian Audi Sport ini mempamerkan inovasi baru dalam rekaan dan lebih sportif, sejajar dengan strategi global Audi Sport untuk membawakan kereta sukan permotoran kepada pelanggannya.

Duta Besar Jerman ke Negara Brunei Darussalam melihat lebih dekat kereta Audi model S6 Sedan V8 selepas melancarkan kereta berkenaan.
Duta Besar Jerman ke Negara Brunei Darussalam melihat lebih dekat kereta Audi model S6 Sedan V8 selepas melancarkan kereta berkenaan.
Audi S6 Sedan V8, yang mempunyai kuasa kuda 450.
Audi S6 Sedan V8, yang mempunyai kuasa kuda 450.

Audi S3 Sedan yang diperbaharui dengan kemantapan 290 kuasa kuda, sistem bunyi B&O, rim sport bersaiz 19 inci akan menjadi model peringkat awal, manakala S6 Sedan V8 pula dikuasai 450 kuasa kuda, menampilkan teknologi Cylinder on Demand (COD) yang memacu kecekapan bahan api ketika pemanduan normal.

Ia juga dilengkapi sistem bunyi BOSE, kulit Valcona bagi rekaan dalamannya dan rim sport bersaiz 21 inci.

Kesemua model S juga dilengkapi dengan pacuan roda ‘quattro permanent’ yang standard.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai model-model di bawah Audi Sport Brunei, bolehlah melayari laman Facebook mereka di AudiSportBrunei/facebook.com

ARTIKEL YANG SAMA