Modesto tampil set hidangan menyelerakan

Modesto tampil set hidangan menyelerakan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Bagi memeriahkan lagi suasana hujung tahun, Restoran Modesto Bistro and Grill turut mengadakan promosi dan menawarkan juadah menyelerakan untuk penggemar makanan barat.

Ia menampilkan juadah set dengan pelbagai pilihan sup, minuman dan kek sebagai pencuci mulut, antara hidangan utama ialah Wagyu Rib Eye Steak dan Pistachio Crusted Baked Salmon bersama pilihan satu daripada tiga jenis sup iaitu Sup Krim Brokoli, Sup Krim Labu dan Sup Krim Cendawan.

Menurut Pegawai Pemasaran Modesto dan Shabulicious, Nedy, para pelanggan juga diberikan kebebasan memilih satu daripada lapan jenis kek yang ditawarkan antaranya kek Coklat Nutella, Red Velvet, Tiramisu dan beberapa lagi yang lain.

Hidangan Wagyu Rib Eye Steak.
Hidangan Wagyu Rib Eye Steak.

Turut ditawarkan ialah dua lagi jenis makanan, Classic Stuffed Roasted Turkey dan Modesto Roasted Lamb Leg atau Roasted Lamb Leg yang dihidangkan bersama dua jenis sos pilihan dan sayur-sayuran.

Promosi bermula pada 15 Disember dan berakhir pada 5 Januari depan.

Orang ramai yang ingin merasakan hidangan-hidangan yang ditawarkan, perlu membuat tempahan dua hari awal.

ARTIKEL YANG SAMA