Modi: 20 juta tandas dibina dalam masa 2 tahun

Modi: 20 juta tandas dibina dalam masa 2 tahun

NEW DELHI, 15 Ogos – Perdana Menteri India Narendra Modi berkata hari ini kerajaannya telah membina lebih 20 juta tandas dan membawa elektrik ke beribu-ribu kampung tatkala beliau menyampaikan kad laporan Hari Kemerdekaan.

Daripada baluarti Kubu Merah abad ke-17 di Delhi, Modi telah berikrar pentadbirannya dijangka memenuhi janjinya untuk membekalkan elektrik dan tandas kepada setiap keluarga di negara yang mempunyai penduduk kedua paling ramai di dunia.

Modi menerima pujian dalam ucapan pertamanya pada 15 Ogos 2014 tatkala beliau mengatasi isu larangan seperti keganasan seksual dan kekurangan tandas, berjanji akan membina satu untuk setiap keluarga dalam empat tahun.

“Hari ini saya boleh berkata dalam tempoh masa yang singkat, lebih daripada 20 juta tandas telahpun dibina di kampung India dan lebih daripada 70,000 adalah bebas daripada pembuangan najis terbuka,” kata Modi.

Pembuangan najis terbuka telah lama menjadi masalah kesihatan dan sanitasi di India, di mana hampir 594 juta orang, hampir separuh penduduk, membuang najis di kawasan terbuka, menurut UNICEF.

Modi telah menekankan keperluan untuk membersihkan India sejak menjadi perdana menteri pada 2014 dan telah berkali-kali meminta setiap keluarga membina tandas untuk menamatkan penyebaran penyakit seperti cirit-birit.

Ucapan pada tahun lalu melihat Modi menetapkan tarikh akhir 1,000 hari untuk setiap kampung di India mendapatkan elektrik, menggesa kerajaan negeri bertanggungjawab atas bekalan elektrik untuk memastikan setiap komuniti disambung kepada grid elektrik negara.

“Kami menghampiri 70 tahun sejak mencapai kemerdekaan dan kampung miskin berkenaan terpaksa tinggal dalam abad ke-18 sepanjang masa ini, tetapi kami berjanji akan menjadikan yang mustahil sesuatu yang dapat dilakukan,” kata Modi, dalam pakaian kurta dan topi tradisional.

“Hari ini saya berasa bangga untuk berkata walaupun kami belum mencecah separuh daripada 1,000 hari seperti yang ditetapkan, kami telahpun membawa elektrik kepada 10,000 daripada 18,000 kampung.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA