Modi bakal terima kekalahan

Modi bakal terima kekalahan

NEW DELHI, 8 Nov (Reuters) – Perdana Menteri Narendra Modi menuju kekalahan hari ini dalam pilihan raya penting di negeri besar India, Bihar, yang menunjukkan kuasa pemimpin yang semakin lemah yang sehingga baru-baru ini mempunyai reputasi yang tidak ada bandingnya sebagai pemenang undi.

Kekalahan bakal menjadi kegagalan usaha Modi bagi kelulusan reformasi ekonomi kerana beliau perlu memenangi banyak pilihan raya negeri dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk meraih kawalan penuh ke atas parlimen.

Gabungan anti Modi mendahului dengan 125 kerusi dalam dewan perhimpunan serantau 243 kerusi, cukup bagi majoriti mutlak, hitungan tidak rasmi yang dikumpul oleh saluran televisyen menunjukkan.

Parti Modi, Bharatiya Janata mendahului 103 dari 238 kerusi yang mana trend adalah jelas, yang memberikan tamparan hebat kepada kepimpinan selepas beliau berkempen aktif di seluruh negeri timur miskin itu.

“Tanda-tanda sudah jelas. Keajaiban Modi telah gagal dan kami jelas memenangi perjuangan ini,” kata Sanjay Singh, jurucakap bagi parti-parti serantau yang diketuai Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar.

Parti anti-Modi menari-nari apabila mengetahui parti mereka bakal memenangi dalam pilihan raya penting di Bihar, India. - AFP
Parti anti-Modi menari-nari apabila mengetahui parti mereka bakal memenangi dalam pilihan raya penting di Bihar, India. – AFP

Bihar adalah pengukur kebanyakan isu yang membentuk politik India dan hasilnya adalah impak langsung pada kepimpinan Modi. Jika bebas, 104 juta orang akan menjadi negara ke 13 terbesar di dunia, lebih ramai dari Jerman.

Modi menjadikan pilihan raya menjadi referendum ke atas kepimpinan beliau selepas beliau berucap di kira-kira 30 perhimpunan kempen, keluar dari kebiasaan dalam pilihan raya negeri, yang lazimnya menumpu pada isu-isu tempatan dan para ketua serantau.

BJP adalah dalam minoriti di dewan tinggi parlimen, yang mana kerusi diperuntukkan mengikut kekuatan parti di negeri-negeri, yang membolehkan pihak pembangkang menyekat reformasi Modi, termasuklah pemulihan terbesar cukai sejak kemerdekaan dalam tahun 1947.

ARTIKEL YANG SAMA