Modi cadang buat lawatan bersejarah ke Pakistan

Modi cadang buat lawatan bersejarah ke Pakistan

NEW DELHI, 25 Dis (AFP) – Perdana Menteri India Narendra Modi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Pakistan, Nawaz Sharif di Lahore dalam lawatan pertama ke Pakistan oleh perdana menteri India dalam tempoh lebih 10 tahun.

“Ingin menemui Perdana Menteri Nawaz Sharif di Lahore tengah hari ini yang mana saya akan singgah di sana dalam perjalanan pulang ke Delhi,” kata Modi melalui Twitter. Perdana Menteri India itu telah membuat pengumuman mengejut apabila beliau menamatkan lawatan ke Afghanistan dengan berucap kepada parlimen Afghanistan.

“Itu adalah seperti negarawan,” Menteri Luar India Sushma Swaraj mengulas di Twitter. “Seseorang itu seharusnya mempunyai hubungan seumpama itu dengan jiran-jiran,” dia menambah kata.

Dalam mengesahkan pertemuan itu, jurucakap kementerian luar Pakistan Qazi Khalillulah berkata; “Butiran rundingan akan diusahakan.”

Lawatan terakhir ke Pakistan oleh perdana menteri India ialah pada tahun 2004 oleh pemimpin pada masa itu Atal Bihari Vajpayee, yang diberi pujian kerana berusaha mengurangkan hubungan dingin dengan Islamabad.

Kerajaan kedua-dua negara kerap mempertikaikan dakwaan antara satu sama lain berhubung isu-isu yang menimbulkan perbalahan seperti keganasan, wilayah berbahagi Kashmir dan tempoh kes serangan ganas di Mumbai. Awal hari ini, dalam ucapannya kepada parlimen Afghan, Modi menggesa kerjasama lebih rapat antara India, Pakistan dan jiran-jiran lain bagi kemajuan Afghanistan.

“Kami tahu kejayaan Afghanistan akan memerlukan kerjasama dan sokongan dari setiap jiran-jirannya. Dan kita semua di rantau ini – India, Pakistan, Iran dan yang lain – mesti bersatu- di sebalik tujuan sama,” kata Modi.

Modi juga membuat rujukan jelas kepada Pakistan berhubung isu keganasan selat sebarang di Afghanistan.

“Afghanistan akan berjaya hanya apabila keganasan tidak lagi mengalir ke seberang, apabila tempat bimbingan dan perlindungan keganasan ditutup dan penaung mereka tidak lagi berurusan,” kata Modi.

ARTIKEL YANG SAMA