Modi cari jalan rancakkan ekonomi

Modi cari jalan rancakkan ekonomi

NEW DELHI, 8 Sept – Perdana Menteri Narenda Modi memanggil pengurus bank dan bilionair ke kediamannya hari ini untuk memberikan ilham bagaimana India boleh menangani pergolakan ekonomi global, termasuk peluang-peluang bagi ekonomi ketiga terbesar Asia dalam pasaran China dan kesukaran pertumbuhan.

Mesyuarat pagi tadi di New Delhi dihadiri oleh taikun-taikun termasuk lelaki terkaya India, Mukesh Ambani, Menteri Kewangan, Arun Jaitley, gabenor bank pusat, Raghuram Rajan, pakar ekonomi dan negara dan ketua –ketua bank swasta.

Pada perhimpunan itu, dewan perindustrian ASSOCHAM memberitahu penggubal dasar Modi perlu bertindak segera bagi menjadikan India kebal daripada kemeruduman global- -menyeru bagi pengurangan dalam kadar faedah dan tugas-tugas baru untuk menghentikan pembuangan produk China seperti keluli.

Keadaan makro ekonomi India meningkat sejak “kesukaran” 2013, menerusi pengurangan harga-harga bagi komoditi importnya. Kemudian, inflasi, sebagai contohnya, berada pada dua digit – sejak itu ia dikurangkan.

Tabung Kewangan Antarabangsa menggambarkan ekonomi India dalam kedudukan cerah dalam pasaran-pasaran yang baru muncul dan Modi melihat peluang untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ketika wang mengalir keluar dari China.

Tetapi ia bukanlah mudah untuk menukar kemerosotan China ke dalam keuntungan India. Para pelabur dan koporat semakin bimbang Modi tidak bergerak cukup pantas semenjak mengambil alih kepimpinan. Pertumbuhan tahunan menjadi perlahan kepada 7 peratus pada suku bulan Jun.

“Modi mentadbir negara dengan jayanya. Beliau menjalankan kempen selama 2 tahun dan berkata dia tahu apa yang dilakukannya. Dia ada di sana selama 15 bulan dengan majoriti terbesar sejak kemerdekaan namun tidak ada apa-apa yang berlaku,” pelabur AS, Jim Rogers memberitahu Reuters Trading India hari ini.-Reuters

ARTIKEL YANG SAMA