Modi dikritik kerana kenaikan kos

Modi dikritik kerana kenaikan kos

MUMBAI/NEW DELHI, 23 Mac (Reuters) – Pertambahan mendadak dalam kos pendidikan dan penjagaan kesihatan dalam tempoh dua tahun lalu telah memberi tamparan teruk kepada kelas pertengahan India, menjejas kepopularan Perdana Menteri Narendra Modi di kalangan golongan orang kaya sebelum beberapa siri pilihan raya negeri.

Kenaikan harga untuk perkhidmatan yang dianggap satu kemewahan untuk kebanyakan penduduk India juga mungkin merumitkan rancangan bank pusat untuk memotong kos pinjaman, dengan pelaburan rendah berdekad-dekad lamanya dalam sekolah dan hospital bermakna mereka tetap mahal untuk seketika.

“Membelanja pendidikan anak lelaki saya dan ubat untuk keluarga telah naik mendadak,” kata Sambuddha Banerjee, profesional IT berusia 47 tahun, yang bekerja untuk kerajaan tempatan di Kolkata di timur laut negara. “Kerajaan juga memotong subsidi minyak dan cuba mengenakan cukai ke atas simpanan pencen kami. Ia tidak dapat diterima.”

Banerjee sedang memikir dua kali untuk mengundi parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi pada pilihan raya yang dijadual diadakan pada 2019. Pandangan tersebut adalah tidak sejagat, namun telahpun berada di radar kerajaan yang menerajui tampuk pentadbiran pada 2014 dengan janji melaksana pembaharuan ekonomi dan dasar pro-perniagaan yang menarik penduduk India yang tinggal di bandar besar.

Seorang pelanggan membayar kepada penjual selepas membeli sayur-sayuran di sebuah pasar di kawasan perumahan di Mumbai, India. – Reuters
Seorang pelanggan membayar kepada penjual selepas membeli sayur-sayuran di sebuah pasar di kawasan perumahan di Mumbai, India. – Reuters

Modi telahpun melihat sokongan di kalangan sektor pertanian ekoran beberapa kegagalan tanaman, maka menenangkan kelas pertengahan, yang membentuk kira-kira satu perempat daripada 1.3 bilion penduduk, nampaknya semakin penting.

“Kenaikan harga komoditi dan perkhidmatan yang mempunyai bebanan yang lebih tinggi dalam penggunaan keluarga kelas pertengahan merupakan satu isu yang tidak boleh tidak diendahkan,” kata seorang pegawai kanan kementerian kewangan. “Ia adalah isu bekalan dan tidak boleh diatasi dalam jangka pendek,” tambahnya.

Untuk meredakan tekanan ke atas pekerja pendapatan pertengahan, kerajaan merancang menambah gaji 10 juta pekerjanya sebanyak 24 peratus pada tahun ini.