Modi kecam ‘induk keganasan’

Modi kecam ‘induk keganasan’

BENAULIM, India, 16 Okt – Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa para pemimpin BRICS hari ini untuk mengambil pendirian teguh bersama menentang ‘induk keganasan’ di rantau Asia Selatan, dalam rujukan secara tidak langsung kepada Pakistan.

Modi berkata sebuah negara di kejiranan India mempunyai kaitan dengan ‘modul pengganas’ di seluruh dunia, yang mana kelab negara-negara membangun seperti Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan seharusnya mengutuk keras.

“Di rantau kami, pengganasan menggambarkan ancaman berat kepada kedamaian, keselamatan dan pembangunan,” kata Modi kepada para pemimpin di sidang kemuncak BRICS di negeri pelancongan Goa.

“Tragiknya induk keganasan itu adalah sebuah negara di kawasan kejiranan India,” kata Modi tanpa menyebut Pakistan.

“Modul pengganas di seluruh dunia adalah berkaitan dengan induk ini. Negara ini bukan saja melindungi pengganasnya. Ia juga memupuk sikap pemikiran (mindset). Mindset yang mengisytiharkan bahawa pengganasan adalah wajar bagi kuasa politik.

(Kiri-Kanan) Presiden Brazil, Michel Temer; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Narendra Modi; Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma semasa Sidang Kemuncak BRICS di Goa pada 16 Oktober. – AFP
(Kiri-Kanan) Presiden Brazil, Michel Temer; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Narendra Modi; Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma semasa Sidang Kemuncak BRICS di Goa pada 16 Oktober. – AFP

“Ia adalah mindset yang kami amat kutuk dan tentang, yang mana kami sebagai BRICS perlu berdiri dan bertindak bersama. BRICS perlu bersatu hati menentang ancaman ini,” katanya.

Pemimpin nasionalis Hindu itu telah berpindah ke India berikutan serangan bulan lalu ke atas pangkalan tentera India yang membunuh 19 askar.

New Delhi menyalahkan militan yang berpangkalan di Pakistan atas serangan itu, yang mencetuskan gesaan di Negara itu bagi tindakan agresif.

Dalam kenyataan bersama mereka lewat hari ini, para pemimpin BRICS mengutuk serangan baru-baru ini ke atas beberapa anggotanya ‘termasuk di India’ namun tidak menyebut Pakistan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA