Modi seru agenda perubahan iklim

Modi seru agenda perubahan iklim

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 29 Sept (Reuters) – Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan pertemuan dengan Presiden AS Barack Obama dan para pemimpin dari Perancis dan Britain semalam dan menggesa bagi agenda perubahan iklim dari rundingan sejagat akan datang di Paris yang membantu negara-negara sedang membangun dengan kemudahan kepada kewangan dan teknologi.

Modi berkata selepas mengadakan pertemuan dengan Obama beliau dan presiden Amerika telah berkongsi komitmen ‘tidak berkompromi’ untuk menangani perubahan iklim tanpa menjejaskan pembangunan.

Beliau berterima kasih kepada Obama kerana memberi respons positif kepada gesaannya bagi usaha sama umum sejagat untuk mengembangkan sumber tenaga bersih.

“Kami menanti hasil menyeluruh dan konkrit di Paris dengan agenda positif berhubung menangani perubahan iklim yang juga menumpu pada kemudahan kepada kewangan dan teknologi bagi dunia yang sedang membangun, terutamanya negara-negara miskin dan negeri-negeri pulau kecil,” kata Modi lagi.

Hampir 200 buah negara akan mengadakan pertemuan di Paris pada Disember dan cuba membincangkan perjanjian untuk memperlahankan perubahan iklim buatan manusia dengan bermatlamat untuk mengekalkan suhu di bawah had maksimum 2 darjah Celsius di atas paras pra perindustrian.

India adalah salah sebuah dari beberapa ekonomi besar di dunia belum lagi mengemukakan strategiknya kepada PBB yang menggariskan bagaimana ia merancang untuk menangani perubahan iklim.

Had akhir bagi komitmen ini yang dikenali sebagai Intended Nationally Determined Contribution atau INDC, ialah minggu ini.

Minggu lalu, China, pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia, membaharui komitmennya untuk membawa pengeluarannya ke kemuncaknya kira-kira menjelang tahun 2030.