Modi temui Putin di Rusia

Modi temui Putin di Rusia

MOSCOW, 24 Dis (AFP) – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini menghoskan Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu lawatan yang menyaksikan kejayaan persetujuan urus niaga berbilion dolar dalam pertahanan dan tenaga.

Modi tiba di Moscow kelmarin namun lawatan rasminya bermula petang hari ini dan termasuk rundingan bersama Putin, satu mesyuarat bersama para pemimpin perniagaan Rusia dan memberi ucapan pada majlis kedutaan bagi meraikan hubungan kebudayaan.

Kedua-dua pemimpin akan bertemu pada malam Rabu bagi rundingan makan malam yang tertutup kepada media dan hanya dihadiri oleh para penterjemah, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, menggelar mesyuarat itu ‘sangat konstruktif dan hangat’.

Vladimir Putin (kiri) dan Narendra Modi bertukar-tukar cenderahati semasa mesyuarat di Kremlin di Moscow, Rusia pada 23 Disember. – Reuters
Vladimir Putin (kiri) dan Narendra Modi bertukar-tukar cenderahati semasa mesyuarat di Kremlin di Moscow, Rusia pada 23 Disember. – Reuters

Tambahnya lagi, Kremlin menjangkakan Putin dan Modi untuk memudahkan beberapa keperluan visa dan menyelia penandatangan persetujuan daripada perbadanan nuklear kerajaan Rusia, Rosatom dan landasan kereta api Russian Railways, tanpa memberi butiran lanjut.

Modi berkata dalam Twitter bahawa perbualan itu menumpu pada hubungan India-Rusia, mengelarnya ‘berhasil’ dan juga menyiarkan gambar-gambar bagi pertukaran cenderahati.

Sebelum lawatan itu, Modi mengatakan dia berhasrat untuk ‘memperkukuhkan kerjasama antara India dan Rusia dalam sfera ekonomi, tenaga dan sekuriti, dan menggelar Rusia ‘sebagai salah seorang rakan India yang paling bernilai di dunia’.

Para pegawai enggan untuk membincangkan perjanjian pertahanan yang akan ditandatangani di Moscow, walaupun laporan media menunjukkan bahawa mungkin sekitar AS$7 bilion nilai kontrak yang akan ditandatangani hari ini.