Modric kecewa Croatia, Turki seri

Modric kecewa Croatia, Turki seri

ZAGREB, 6 Sept – Kapten pasukan Croatia dan bintang midfield Real Madrid Luka Modric kecewa dengan keputusan seri 1-1 menentang Turki dalam perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia di Stadium Zagreb yang kosong semalam.

“Kami adalah pasukan yang lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang… tidak seorang pun perlu dipersalahkan tetapi kami sendiri,” Modric memberitahu televisyen HRT yang dikendalikan negara itu selepas perlawanan di Stadium Maksimir.

Tetapi dia menyatakan ia adalah perlawanan yang lebih bagus dalam persekitaran seperti itu. “Sukar, tetapi inilah bola sepak, ia lebih kepada latihan,” tambah pemain berusia 30 tahun itu.

FIFA mengarahkan Croatia beraksi dalam stadium tertutup untuk dua perlawanan kelayakan Piala Dunia kerana laungan slogan perkauman berulang kali daripada peminat. Jurulatih Croatia, Ante Cacic juga menyokong pendapat Modric.

“Kami menjangkakan perlawanan yang sukar, bukan mudah untuk beraksi dalam keadaan seperti itu. Kami lebih hampir untuk menang berbanding pasukan Turki,” jelasnya.

Modric (kiri) dicabar oleh Ozan Tufan dari Turki dalam perlawanan di stadium Maksimir yang kosong di Zagreb, kelmarin. – AP
Modric (kiri) dicabar oleh Ozan Tufan dari Turki dalam perlawanan di stadium Maksimir yang kosong di Zagreb, kelmarin. – AP

Ivan Rakitic dari Barcelona memberikan pendahuluan pasukan Croatia 1-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-44 selepas Modric mengasari pemain pasukan lawan.

Tetapi Turki menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Hakan Calhanoglu dari jarak 25 meter, yang mana sepakan terakhir pada separuh masa pertama pada masa tambahan.

Selain Croatia dan Turki, Kumpulan I memperkenalkan pasukan Finland, Iceland, Kosovo dan Ukraine.

Biarpun persembahan menarik dari Croatia pada Euro 2016, mereka disingkirkan oleh Portugal dari kelompok 16 terakhir pada masa tambahan. – AFP