Modric pimpin Croatia temu Turki

Modric pimpin Croatia temu Turki

ZAGREB, 30 Ogos – Bintang midfield Real Madrid Luka Modric akan mengambil alih tugas sebagai kapten Croatia dalam aksi pembukaan kelayakan menentang Turki awal bulan depan, jurulatih Ante Cacic, kelmarin.

“Modric akan menjadi kapten baru kami,” kata Cacic mengumumkan pengganti kepada ketua pasukan jangka panjang Darijo Srna, yang bermain untuk Shakhtar Donetsk, untuk perlawanan di laman sendiri 5 September ini.

“Kami mempunyai peranan sebagai pasukan pilihan dan kami akan melakukan apa saja untuk mewajarkannya,” kata Cacic dalam satu kenyataan.

“Saya percaya kami tidak akan terjejas oleh hakikat bahawa kami bermain tanpa peminat menentang Turki dan Island.”

Modric (kiri) akan memimpin Croatia berdepan Turki untuk aksi kelayakan Piala Dunia bulan depan. – AP
Modric (kiri) akan memimpin Croatia berdepan Turki untuk aksi kelayakan Piala Dunia bulan depan. – AP

FIFA telah mengarahkan Croatia bermain dua perlawanan kelayakan Piala Dunia di stadium kosong gara-gara penyokongnya berulang kali melaungkan slogan fasis.

Modric turut bersetuju dengan pandangan Cacic dan berkata beliau menjangkakan kemenangan walaupun tanpa penyokong.

“Ia adalah satu penghormatan besar untuk menjadi kapten Croatia yang baru,” kata Modric, yang dipetik oleh media tempatan ketika skuad berkumpul di Zagreb. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA