MOE, MINDEF ulangi final tahun lepas

MOE, MINDEF ulangi final tahun lepas

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Perlawanan akhir bola jaring Pesta Sukan Kementerian-Kementerian (PSKK) 2015 akan menyaksikan perlawanan ulangan final tahun lalu antara juara bertahan, Kementerian Pendidikan (MOE) dengan naib juara 2014, Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Kedua-dua pasukan mengesahkan kemaraan ke final selepas mengalahkan lawan masing-masing pada separuh akhir di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), petang tadi.

MOE selaku juara Kumpulan A menang 74-32 ke atas naib juara Kumpulan B, Kementerian Kesihatan (MOH), sementara MINDEF sebagai juara Kumpulan B menewaskan naib juara Kumpulan A, Kementerian Pembangunan (MOD) 57-32.

MOE mendominasi MOD setiap suku masa dalam separuh akhir pertama dengan 18-9, 18-10, 21-5 dan 17-8, manakala MINDEF mendapat saingan sengit dari MOD terutama pada suku masa ketiga dan keempat tetapi tetap menang kesemua suku masa iaitu dengan 18-5, 15-6, 12-11 dan 12-10.

Pada peringkat kumpulan, MOE tidak menghadapi masalah untuk mengalahkan lima lawannya untuk mengumpul 15 mata termasuk ke atas naib juara Kumpulan A, MOD (10 mata) dengan 67-37.

MINDEF (bib kuning) layak ke final bola jaring PSKK2015 selepas menewaskan MOD 57-32 pada separuh akhir.
MINDEF (bib kuning) layak ke final bola jaring PSKK2015 selepas menewaskan MOD 57-32 pada separuh akhir.

MINDEF juga turut mencatat 15 mata termasuk kemenangan 57-41 ke atas naib juara Kumpulan B, MOH, yang walaupun mengumpul tujuh mata sama dengan Kementerian Kewangan (MOF) tetapi mempunyai kelebihan 258 jaringan berbanding 209 bagi MOF.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung esok bermula jam 3:15 petang, iaitu selepas penentuan pingat gangsa antara MOH dengan MOD yang dijadualkan bermula jam 2 petang.

ARTIKEL YANG SAMA