Mogherini lawat Iran 16 April

Mogherini lawat Iran 16 April

BRUSSELS, 14 Mac (AFP) – Ketua hal ehwal luar negeri Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini mengatakan hari ini bahawa beliau akan mengunjungi Iran bulan depan untuk membina perjanjian yang beliau telah membantu rundingan untuk menamatkan sekatan nuklear ke atas Tehran.

Mogherini kali terakhir mengunjungi Iran pada Julai sejurus selepas kuasa-kuasa dunia – Britain, China, Perancis, Amerika Syarikat (AS), Rusia tambah Jerman – bersetuju untuk membatalkan sekatan sebagai balasan kepada Tehran menerima kekangan ketat bagi mencegahnya daripada memiliki senjata nuklear.

“Lawatan saya seterusnya akan diadakan pada 16 April,” ujarnya ketika beliau bertemu menteri-menteri luar negeri EU.

“Kami akan membincangkan bersama menteri-menteri mengenai mana-mana isu, bidang dan sektor untuk terbabit lagi bagi menyambung semula hubungan penuh’ bersama Iran, ujarnya.