Mogok batal 800 lagi penerbangan Lufthansa

Mogok batal 800 lagi penerbangan Lufthansa

FRANKFURT AM MAIN, 29 Nov – Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa berkata ia telah membatalkan 800 penerbangan hari ini ketika juruterbang mengadakan mogok 48 jam berikutan pemogokan minggu lalu dalam pertikaian pembayaran yang memakan masa yang lama.

Kira-kira 82,000 penumpang terjejas hari ini oleh tindakan industri terbaru, mogok kali ke-15 oleh kru penerbangan syarikat itu sejak April 2014.

Sementara mogok hari ini menjejaskan penerbangan jarak dekat, esok (Rabu) akan menyaksikan 890 penerbangan dibatalkan termasuk perkhidmatan jarak jauh.

Lufthansa gagal untuk memperoleh injuksi dari sebuah mahkamah Munich untuk membatalkan mogok – kali kedua dalam masa seminggu percubaannya untuk menyekat tindakan industri dengan cara perundangan telah gagal selepas keputusan serupa di Frankfurt. – AFP