Mogok di Lapangan Terbang Australia

Mogok di Lapangan Terbang Australia

MELBOURNE, 21 Sept (Bernama) – Beribu-ribu pelancong antarabangsa menghadapi kelewatan di beberapa lapangan terbang seluruh Australia selepas pegawai imigresen dan penguatkuasa sempadan negara itu, mogok pagi ini.

Senario ini dijangka berlanjutan sehingga 10 hari, kerana petugas akan berhenti bekerja untuk dua jam semasa waktu puncak pada sebelah pagi dan petang di lapan lapangan terbang di negara itu.

Pekerja lapangan terbang meluahkan kekecewaan mereka terhadap pemotongan gaji bersih.

Setiausaha Kebangsaan Kesatuan Komuniti dan Sektor Awam Nadine Flood berkata pemotongan itu akan mengakibatkan pekerja ‘miskin’ sebanyak AUD$8,000 atau lebih setahun.

“Golongan ibu dan bapa ini (pekerja) bimbang tentang beban untuk membayar hutang dan bil-bil mereka,” kata Flood kepada Nine Network.

Pihak berkuasa sempadan Australia berkata usaha sedang dijalankan bagi mengurangkan impak terhadap operasi.

Mogok bermula pada 4 pagi di Cairns dan dijadualkan berlaku di Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Perth, Darwin dan Gold Coast untuk sekali lagi pada sebelah malam.

ARTIKEL YANG SAMA