Mogok dikhuatiri jejas Euro

Mogok dikhuatiri jejas Euro

PARIS, 31 Mei – Mogok ke atas kereta api dan kapal terbang mengancam akan membawa keadaan kelam-kabut kepada Perancis kurang dua minggu sebelum Euro 2016 bermula, dengan kesatuan bertegas semalam dalam menuntut pembaharuan pekerja yang kontroversi dibatalkan.

Tatkala ketua persekutuan bos Perancis menuduh kesatuan berkelakuan seperti “pengganas,” pergolakan perindustrian baru dijangka menjejas pengangkutan beberapa hari sebelum peminat mulai tiba pada awal kejohanan bola sepak pada 10 Jun.

Ketua pelancongan Paris menyuarakan kebimbangan bahawa mogok dan rapat yang kerap berubah menjadi keganasan akan menawarkan hati pelancong untuk melawat salah satu destinasi pelancong yang terkenal di dunia.

“Babak aksi gerila di tengah Paris, disiarkan di seluruh dunia, memperkukuhkan perasaan takut dan salah faham” dalam kalangan pelancong berpotensi yang masih bimbang selepas serangan keganasan pada November yang membunuh 130 orang di ibu negara Perancis, kata lembaga pelancongan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA