Mohamad Roni layak dibicarakan

Mohamad Roni layak dibicarakan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_150731_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai- Mahkamah Majistret di sini, hari ini, dimaklumkan bahawa seorang lelaki tempatan yang didakwa menyebabkan kecederaan adalah layak untuk dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Mohamad Roni bin Rajab, 38, berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun di kawasan Pejabat Pos, Jalan Bunga Kemantin, Seria antara jam 6:20 dan 6:40 petang pada 30 Jun 2015.

Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Hazirah binti Pengiran Yusof memohon kepada mahkamah supaya kes ditangguhkan selama seminggu sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 6 Ogos untuk sebutan semula, dan membenarkan tertuduh dibebaskan atas ikat jamin $2,000 atau seorang penjamin tempatan.

Sekiranya tertuduh gagal untuk mendapatkan ikat jamin, dia diperintahkan oleh Pemangku Majistret Kanan untuk ditahan reman di Penjara Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA