Mohamad Salehin dikehendaki polis

Mohamad Salehin dikehendaki polis

pg06_150810_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan berbangsa Melayu, Mohamad Salehin bin Roslan (gambar), yang dikehendaki untuk membantu siasatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kelmarin, Mohamad Salehin yang berusia 29 tahun memegang kad pengenalan kuning bernombor 00-311127.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan bolehlah menghubungi talian 2232001 – 007 sambungan 215/ 210/ 212 pada waktu pejabat atau talian hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA