Mohamad Samba...

Mohamad Sambari dikendaki

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan berbangsa Melayu yang dikehendaki untuk membantu siasatan.

Lelaki berkenaan ialah Mohamad Sambari bin Haji Abu Bakar (gambar), 40, yang memegang kad pengenalan kuning bernombor 00-271242.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya menghubungi Balai Polis Lamunin di talian 4237743 dan hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA