Mohd Nazib juara 9 pin MegaStrike

Mohd Nazib juara 9 pin MegaStrike

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Awang Mohd Nazib Nasruddin tampil juara dan sekali gus mempertahankan kejuaraannya tahun 2015 yang lalu dalam cabaran Tap 9 Pin MegaStrike bagi tahun 2016 baru-baru ini.

Beliau meninggalkan saingan terdekatnya Awang Mohd Ashwandi yang terpaksa akur di tempat kedua diikuti oleh Yapp Teck Chung yang berada di kedudukan ketiga kejohanan yang mula dianjurkan semenjak dua bulan yang lalu.

Awang Mohd Nazib Nasruddin (tengah) bersama Awang Mohd Ashwandi (kanan) dan Yapp Teck Chung.
Awang Mohd Nazib Nasruddin (tengah) bersama Awang Mohd Ashwandi (kanan) dan Yapp Teck Chung.

Cabaran kali ini menampilkan 42 pemain yang berentap selama dua bulan dan daripada jumlah itu 24 mara ke peringkat kedua sebelum empat tempat teratas meneruskan cabaran masing-masing sehingga ke peringkat akhir.

Menurut MegaStrike beberapa kejohanan dan penganjuran akan berlangsung pada bulan Ogos 2016 ini nanti antaranya Trofi Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70 tahun 2016 ini nanti.

Kejohanan itu adalah anjuran Persatuan Boling Ten Pin Daerah Brunei dan Muara.

Untuk mengetahuinya dengan lanjut orang ramai dialu-alukan untuk melayari laman sosial facebook pbbmbruneimuara.

 

ARTIKEL YANG SAMA