Mohd Nazib juarai kejohanan Boling

Mohd Nazib juarai kejohanan Boling

Oleh Mohamad Asyramiyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Mohd Nazib Nasruddin yang mewakili Bank Baiduri berada di tangga teratas keseluruhan apabila berjaya membuat 929 jatuhan pin di dalam Kejohanan Boling di dalam Sukan Ria Antara Syarikat yang bermula sejak 1 Mei 2016 yang lalu.

Berada di tempat kedua ialah Edward Choo dari Hydrogreen dengan 899 jatuhan pin diikuti oleh Syed Zackary dari Penerbangan Diraja Brunei (RB) 5 dengan 856 pin, sementara Abdul Badee dari I-Bowl 2 dan Haji Suni dari BSP 3 masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Pada hari pertama perlawanan bagi kategori berpasukan kejuaraan jatuh kepada Pasukan RBA A yang diwakili Zack, SOZ, Deng dan Chong yang berjaya mengumpul 2,929 jatuhan pin diikuti oleh Pasukan BSP yang diwaikili HSJ, Hailmey, Sal dan YOYZ di tempat kedua dengan 2,867 jatuhan pin dan di tempat ketiga pula disandang oleh BSM B yang diwakili oleh Zara, MEDZ, LNA dan POL dengan 2,682 jatuhan pin.

Mohd Nazib Nasruddin membuat 929 jatuhan pin dalam Kejohanan Boling Sukan Ria Antara Syarikat kelmarin.
Mohd Nazib Nasruddin membuat 929 jatuhan pin dalam Kejohanan Boling Sukan Ria Antara Syarikat kelmarin.

Bagi acara perseorangan lelaki, Edward Choo dari Hydro-green tampil juara apabila berjaya menjatuhkan 899 pin untuk mendahului pencabar terdekatnya iaitu Syed Zackary dari RB 5 yang berjaya dengan mencacatkan 856 jatuhan pin dan di tempat ketiga pula disandang Abdul Badee dari I-Bowl 2 dengan catatan 845 jatuhan pin.

Satu lagi kategori yang berlangsung pada hari kedua adalah perseorangan wanita yang dikuasai oleh Azrina Haji Moksin RB 4 yang menjatuhkan 670 pin diikuti oleh peserta dari BIBD, MIA yang berjaya menjatuhkan 654 jatuhan pin untuk berada di tempat kedua dan di tempat ketiga di sandang Hajah Siti Mariam dari BSP 1 dengan 629 jatuhan Pin.