Mohon keberkatan peperiksaan

Mohon keberkatan peperiksaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Bagi memberkati pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan GCE/IGCE ‘O’ Level pada tahun ini, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, baru-baru ini, telah menganjurkan Sembahyang Sunat Hajat Khusus untuk Penuntut Tahun 8 dan 11 yang berlangsung di Masjid Kampung Salambigar.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Haji Abdul Halim bin Haji Bungsu yang kemudiannya diselajurkan dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan doa khas yang dipimpin oleh Haji Abdul Razak bin Tahir.

Hadir pada majlis tersebut ialah penuntut Tahun 8 dan 11 serta ibu bapa bagi sama-sama memohon kepada Allah SWT semoga penuntut berkenaan diberi kemudahan dan ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

Majlis juga menyaksikan penyerahan sumbangan derma yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Awang Umar bin Haji Ramlee.

Antara para pelajar bersama ahli keluarga mereka yang sama-sama menyertai membaca Surah Yasin bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.
Antara para pelajar bersama ahli keluarga mereka yang sama-sama menyertai membaca Surah Yasin bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.