Mohon keberkatan sebelum PSR

Mohon keberkatan sebelum PSR

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 9 Okt – Bagi memohon keberkatan agar murid-murid Tahun 6 Daerah Tutong lulus dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Majlis Sembahyang Solat Hajat bagi Murid-murid Tahun 6 bagi Sekolah-sekolah Swasta Daerah Tutong telah diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong. Acara dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat serta bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Haji Aidil Sufian bin Haji Mohd Yassin.

Majlis diikuti dengan ceramah motivasi bertajuk ‘Hadiah Istimewa buat Mama dan Babah’ yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Keriam, Dayang Mazmewati binti Haji Mazali.

Seramai 57 orang murid terlibat dalam majlis tersebut, terdiri daripada gabungan Sekolah-sekolah Swasta di Daerah Tutong iaitu Sekolah Chung Hwa Tutong, Sekolah Pertama Tutong, Tutong Public School, Sekolah Nusa Jaya Keriam dan Sekolah Chung Hwa Kiudang.

Ceramah motivasi ‘Hadiah Istimewa buat Mama dan Babah’ daripada Dayang Mazmewati.
Ceramah motivasi ‘Hadiah Istimewa buat Mama dan Babah’ daripada Dayang Mazmewati.

ARTIKEL YANG SAMA