Mohon keberkatan menjelang peperiksaan

Mohon keberkatan menjelang peperiksaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Kementerian Pendidikan, petang tadi, telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat bagi Murid-Murid Tahun 6 Asrama Maktab Duli di bawah Skim Bursari Riayah Wa Mahabbah, bertempat di Surau Asrama Putera, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Pendidikan di Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Mohammad Saat bin Haji Mukim, diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yasin sebelum diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus, para pegawai dan kakitangan di Kementerian Pendidikan serta para ibu bapa dan guru-guru.

Suasana  majlis solat sunat hajat dan membaca Surah Yasin bagi memohon kejayaan murid-murid dalam peperiksaan PSR tidak lama lagi.
Suasana majlis solat sunat hajat dan membaca Surah Yasin bagi memohon kejayaan murid-murid dalam peperiksaan PSR tidak lama lagi.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mendapatkan berkat selain restu daripada ibu bapa dan guru-guru yang telah mengajar murid-murid di bawah skim berkenaan, di samping itu juga untuk sama-sama berdoa bagi kejayaan murid-murid.

Seramai 40 orang murid Skim Bursari Riayah Wa Mahabbah akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

ARTIKEL YANG SAMA