Mohon kemudahan pelajar hadapi peperiksaan

Mohon kemudahan pelajar hadapi peperiksaan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), hari ini, telah mengadakan sembahyang sunat Hajat berjemaah bagi penuntut-penuntut Tahun 8 dan 11 yang akan menduduki Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan BGCE/GCE peringkat ‘O’ Level tahun ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Baru STPRI itu turut dihadiri oleh Pengetua STPRI, Hajah Susilawati binti Dato Paduka Haji Muhammad dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Dayang Safinie binti Haji Ismat.

Antara objektif majlis adalah untuk menggalakkan amalan berdoa dan sembahyang Hajat dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa terutama bagi penuntut yang akan menduduki peperiksaan penting.

Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada para penuntut cara memohon bantuan daripada Allah serta memupuk rasa cinta dalam mengerjakan ibadah.

Sembahyang sunat Hajat itu diimamkan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran STPRI, Haji Ismail bin Haji Ibrahim dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai.

Antara yang menyertai sembahyang Hajat berjemaah STPRI.
Antara yang menyertai sembahyang Hajat berjemaah STPRI.

ARTIKEL YANG SAMA