Mohon pengguna jalan raya diberi perlindungan

Mohon pengguna jalan raya diberi perlindungan

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar Oleh Ishan Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Sempena memperingati mangsa-mangsa jalan raya sedunia peringkat negara, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Ratib Al-Attas di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat selaku Penasihat MKKJR.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Pengerusi MKKJR, para pengarah, ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta ahli-ahli MKKJR yang lain.

Ahli MKKJR ketika mengadakan Solat Sunat Hajat berjemaah di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.
Ahli MKKJR ketika mengadakan Solat Sunat Hajat berjemaah di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.

Majlis diadakan bertujuan bagi sama-sama memohon dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata\ʼala supaya Negara Brunei Darussalam dan seluruh dunia, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya akan sentiasa diberikan perlindungan, di samping meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di negara ini.

Dalam kesempatan ini, MKKJR menyarankan dan menasihatkan semua pengguna jalan raya iaitu pemandu, penunggang motosikal dan basikal serta pejalan kaki supaya sentiasa berwaspada, bertanggungjawab dan mengamalkan etika yang betul dan selamat ketika berada di jalan raya.

ARTIKEL YANG SAMA