Mohon pindah kes zakat ke Mahkamah Tinggi

Mohon pindah kes zakat ke Mahkamah Tinggi

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Seorang Pendaftar Sekolah Menengah di Jabatan Pengajian Islam yang menghadapi pertuduhan menyalahgunakan wang kutipan zakat fitrah lebih daripada $80,000, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, kelmarin.

Tiada pengakuan diambil daripada Shahrul Rizam bin Haji Ramlee yang didakwa menyeleweng wang zakat berjumlah $86,344.77 ketika ditempatkan di Unit Kutipan dan Agihan Zakat, Kuala Belait antara 25 Julai 2011 dan 2 April 2012.

Timbalan Pendakwa Raya Yvonne Lim memohon kepada mahkamah supaya kes tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi memandangkan kes ini adalah di bawah bidang kuasa mahkamah itu.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan ikat jamin tertuduh dilanjutkan, dan menetapkan 7 Julai untuk sebutan.

Jika sabit bersalah, tertuduh akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. Tertuduh diwakili Peguam Ahmad Zakaria.

ARTIKEL YANG SAMA