Mohon restu menduduki PSR

Mohon restu menduduki PSR

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut pagi tadi telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Izin Ilmu bagi para pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan PSR tidak lama lagi.

Majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Bunut telah dihadiri oleh pelajar-pelajar Pra, Tahun 1 sehingga Tahun 6 serta guru-guru di sekolah berkenaan dan para ibu bapa.

Majlis bermula dengan solat sunat Duha dan solat sunat Hajat, kemudian disusuli dengan membaca Surah Yasin beramai-ramai serta doa peperiksaan serta sesi bersalam-salaman dengan guru-guru pelajar serta ibu bapa.

Majlis seumpama ini adalah bertujuan untuk meminta keberkatan dan pertolongan daripada Allah SWT agar para pelajar dipermudahkan dan dilapangkan hati mereka ketika menduduki peperiksaan nanti.

Para pelajar bersalaman dengan guru-guru dan ibu bapa di majlis berkenaan.
Para pelajar bersalaman dengan guru-guru dan ibu bapa di majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA