Moments kongsi foto secara privasi

Moments kongsi foto secara privasi

WASHINGTON, 16 Jun (AFP) – Facebook semalam mendedahkan ciri baru yang membolehkan para pengguna telefon pintar untuk berkongsi gambar rakan-rakan secara privasi, dengan menyaring gambar-gambar menggunakan teknologi pengecaman muka.

Aplikasi dipanggil Moments membolehkan para pengguna mengongsi gambar-gambar bersama rakan-rakan yang terdapat di dalam gambar tersebut dan untuk mendapatkan imej mereka sendiri.

“Sukar mendapatkan gambar-gambar anda yang telah dirakam oleh rakan-rakan anda dan semua orang sentiasa mendesak mengambil gambar kumpulan sama dengan banyak telefon demi memastikan mereka mendapat salinannya,” pengurus produk Will Ruben berkata dalam blog post.

“Misalnya, apabila anda menghadiri majlis perkahwinan, ramai orang mengambil gambar-gambar di sepanjang hari majlis itu. Anda semua mahu cara cepat untuk mengongsi gambar-gambar anda dengan rakan-rakan yang ada di dalam gambar itu dan mendapat kembali gambar-gambar yang anda juga ada di dalamnya. Begitu juga bagi acara-acara lebih kecil, seperti berkayak atau berhibur malam di luar.”

Aplikasi baru membolehkan para pengguna membentuk kumpulan yang menyelaraskan gambar-gambar kepada rakan-rakan.

Aplikasi Moments buat masa ini disediakan untuk para pengguna telefon Apple dan Android di Amerika Syarikat dan akan diperluaskan ke negara-negara lain tidak lama lagi. – AFP
Aplikasi Moments buat masa ini disediakan untuk para pengguna telefon Apple dan Android di Amerika Syarikat dan akan diperluaskan ke negara-negara lain tidak lama lagi. – AFP

“Anda kemudian boleh menyelaraskan secara peribadi gambar-gambar itu segara dan lebih mudah dengan rakan-rakan tertentu dan mereka boleh memilih untuk menyelaraskan gambar-gambar mereka dengan anda juga,” kata Ruben lagi.

“Kini, anda dan rakan-rakan akan mendapat semua gambar-gambar yang anda ambil bersama-sama.

Moments menggunakan teknologi pengecam muka kepada gambar-gambar kumpulan berdasarkan rakan-rakan yang ada di dalam gambar, serupa dengan “menandakan” yang digunakan dalam rangkaian sosial Facebook.

ARTIKEL YANG SAMA