Momentum Skyscanner di Asia Pasifik semakin meningkat

Momentum Skyscanner di Asia Pasifik semakin meningkat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) – Skyscanner, syarikat enjin carian perjalanan global yang berpangkalan di Edinburgh, semakin mendapat sambutan di Asia Pasifik terutama selepas menjalin usaha sama dengan Yahoo! Japan.

“Asia pastinya satu kawasan yang kami kenal pasti,” kata Pengurus Pemasaran bagi Singapura dan Malaysia, Pamela Knaggs.

Beliau berkata Asia Pasifik terus menunjukkan pertumbuhan berterusan yang kukuh, dengan pengunjung meningkat 48 peratus tahun lepas berbanding pada 2014.

Pengunjung menerusi peranti mudah alih berkembang 62 peratus.Ini termasuk Jepun, pasaran perjalanan ketiga terbesar di dunia dengan Skyscanner dan Yahoo! Japan menjalin usaha sama baharu, Skyscanner Japan, pada Julai tahun lepas, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Diasaskan pada 2003, Skyscanner, yang tersedia dalam 30 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia, telah membantu lebih 50 juta penduduk setiap bulan untuk mengenal pasti pilihan perjalanan mereka, katanya.

Pasifik terus menunjukkan pertumbuhan berterusan yang kukuh dengan pengunjung meningkat sebanyak 48 peratus pada tahun lepas berbanding pada 2014.
Pasifik terus menunjukkan pertumbuhan berterusan yang kukuh dengan pengunjung meningkat sebanyak 48 peratus pada tahun lepas berbanding pada 2014.

Knaggs yakin Skyscanner memiliki kelebihan berbanding enjin carian lain yang hampir sama memandangkan ia mempunyai liputan menyeluruh dengan 1,200 rakan usaha sama di seluruh dunia merentas pelbagai syarikat penerbangan, hotel, dan syarikat sewa kereta.

“Kami bertumpukan pelanggan dan menerima maklum balas pengguna,” katanya.Beliau berkata Skyscanner memastikan harga yang dipaparkan meliputi semua caj seperti cukai dan fi kad kredit.

“Kami mahu semua pengguna mendapat harga muktamad, dan syarikat penerbangan yang tidak mematuhi syarat, akan digugurkan,” katanya dan menambah ciri-ciri yang disediakan oleh Skyscanner menjadikannya enjin carian yang diingini pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Gareth Williams, baru-baru ini berkata 2015 merupakan satu lagi tahun yang kukuh bagi Skyscanner, mencatat kemajuan yang padu dalam strategi peluasan melepasi pasaran tempatan, menjangkaui peranti mudah alih dan penerbangan.

Hasil bagi 2015 sebanyak AS$183 juta (kira-kira RM720 juta), meningkat 28 peratus berbanding tahun lepas, manakala tempahan kasar bagi tahun itu bernilai AS$11.2 bilion (RM44 bilion), meningkat 49 peratus berbanding 2014.

Liputan global Skyscanner, hubungan terusnya dengan rakan usaha sama dan pengguna serta teknologi yang dibangunkan sendiri menyokong kejayaan dan prestasi kukuhnya pada 2015, katanya. Khazanah Nasional Bhd adalah antara lima rakan baharu Skyscanner, yang secara keseluruhannya bersama-sama melabur antara AS$128 juta tahun ini.