Monaco belum hilang sengat

Monaco belum hilang sengat

LOS ANGELES, 11 April (AFP) – Pemain tenis Argentina, Juan Monaco (gambar) muncul juara di kejohanan gelanggang tanah liat ATP di Houston awal pagi tadi dan ia amat bermakna selepas tampil semula sejurus pulih daripada kecederaan.

Monaco meraih gelaran keduanya di Houston selepas menewaskan juara bertahan Jack Sock 3-6, 6-3, 7-5.

“Saya tidak menjangkakan ia berlaku dengan sangat pantas,” kata Monaco yang menjalani pembedahan di pergelangan tangan kanannya Ogos lalu dan dinasihatkan berehat enam bulan sebelum ini.

“Tidak ada apa yang boleh saya gambarkan ketika ini.”

Kedudukan ranking bekas pemain kelompok 10 terbaik dunia itu dijangka meningkat ke tangga ke-90 dunia daripada 146 sebelum ini dan dia mengakui gelaran pertamanya sejak kembali aktif itu muncul dengan penuh dramatik.

pg23_160412_c

“Hari ini seakan satu adegan pantas dalam hidup saya,” kata Monaco, 32, yang meraih gelaran ATP pertamanya sejak kali terakhir di Duesseldorf pada tahun 2013 dan kedua di Houston selepas 2012.

Selepas Sock memenangi set pertama, Monaco menerima rawatan pada tangan kanannya, dan selepas tamat masa kecederaan, Sock tewas kepada 10 daripada 14 perlawanan yang akan datang.

Sock, pilihan keempat, menerima rawatan di lengan kanan dan bahu kanan, dan telah jelas kelihatan tempang pada set ketiga, apabila dia masih mampu untuk menamatkan dua servisnya sebelum akhirnya ditewaskan oleh Monaco.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku dengan badan saya,” kata Sock.

“Malam tadi saya tidak merasa sihat, berpeluh walaupun dalam bilik berhawa yang berhawa dingin. Jadi mungkin sesuatu yang mengganggu kesihatan saya pada ketika itu.

“Tetapi ia sedikit pun tidak membuatkan saya berputus asa dan saya meneruskan perjuangan hari ini.”

ARTIKEL YANG SAMA