Monaco tawan persada Ligue 1

Monaco tawan persada Ligue 1

PARIS, 25 Sept – Dengan Radamel Falcao tidak bermain kerana kecederaan, Monaco bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 mengatasi Angers di Stade Louis II awal pagi tadi dan mara ke kedudukan teratas Ligue 1.

Falcao tidak bermain kerana dimasukkan ke hospital akibat kecederaan di kepala selepas kelab itu menang 4-0 mengatasi pencabar tetangga Nice sebelum ini.

Dan skuad Leonardo Jardim bergelut untuk menahan asakan Angers, jaringan sendiri Dickson Nwakaeme memberikan perbezaan selepas Kamil Glik menyamakan kedudukan hasil jaringan awal Famara Diedhiou.

Aksi Monaco menentang Angers yang berkesudahan 2-1 memihak kepada Monaco. - AFP
Aksi Monaco menentang Angers yang berkesudahan 2-1 memihak kepada Monaco. – AFP

Keputusan itu memberikan Monaco dua mata di atas Nice, yang akan berkunjung ke Nancy malam ini dan Tulouse, mengatasi juara bertahan Paris Saint-Germain kelmarin.

Pemain muda, Abdou Diallo dan Kevin N’Doram bermain buat Monaco dengan Jardim juga melihat kepada saingan awal pagi Rabu ini dalam Liga Juara-Juara berdepan Bayer Leverkusen.

Angers cuba mencari kemenangan keempat berturut-turut dan mereka merasakan sudah berada di depan pada babak kedua apabila Karl Toko-Ekambi menjaringkan gol tetapi disahkan ofsaid. – AFP