Monfils tarik diri akibat cedera tulang rusuk

Monfils tarik diri akibat cedera tulang rusuk

LONDON, 17 Nov – Gael Monfils menarik diri daripada Jelajah Akhir ATP disebabkan kecederaan tulang rusuk.

Monfils telah tewas kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan di Arena 02 London, dengan tiada peluang untuk mara ke separuh akhir, pemain Perancis itu menambah dia tidak mahu mengambil risiko yang akan memburukkan lagi masalahnya itu dalam perlawanan akhirnya, di mana dia akan menentang Novak Djokovic malam ini.

“Sudah jelas saya tidak boleh bermain esok kerana tulang rusuk saya semakin parah,” ujar Monfils.

“Malah perlawanan kelmarin begitu sukar buat saya. Saya tidak mampu untuk berlatih.”

Monfils menarik diri daripada kejohanan Jelajah ATP Final akibat kecederaan tulang rusuk. – AFP
Monfils menarik diri daripada kejohanan Jelajah ATP Final akibat kecederaan tulang rusuk. – AFP

Monfils pada awalnya mengalami kecederaan itu pada perlawanan di Stockholm bulan lepas dan telah menahannya ketika kekalahannya terhadap Dominic Thiem dan Milos Raonic di London.

“Anda bekerja keras bagi saat ini dan untuk tidak menghabiskannya adalah sesuatu kekecewaan,” tambahnya.

Sementara itu, David Goffin dari Belgium akan menggantikan Monfils untuk menentang Djokovic yang kini mengejar gelaran kelima berturut-turut Jelajah Akhir untuk menyamai rekod enam kali Roger Federer. – AFP