Monfils tarik diri dari Piala Hopman

Monfils tarik diri dari Piala Hopman

PERTH, Australia, 31 Dis (dpa) – Piala Hopman semalam kehilangan pemain utama menjelang pertandingan pasukan campuran lapan negara apabila Gael Monflis menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Pemain dari Perancis itu menjadikan apa yang diharapkan penganjur adalah kemunculan hebat di ibu negara Barat Australia itu pada pertandingan hybrid yang memulakan musim tenis. Tetapi nombor 24 itu menyatakan kesedihannya ketika dia mendakwa mengalami kecederaan kaki.

Dia akan digantikan dalam pasukan Perancis di samping Caroline Garcia oleh Kenny De Schepper, pemain nombor 148 yang hanya beraksi 14 pertandingan peringkat ATP pada 2015 dan melepasi pusingan pertama dengan hanya empat daripada mereka; kerjayanya adalah pusingan keempat Wimbledon pada 2013.

“Saya merasa kecewa di mana saya terpaksa menarik diri dari Piala Hopman,” kata Monflis dalam satu kenyataan. “Saya bersedia untuk membuat perjalanan ke Perth buat kali pertama dan bergabung bersama Caroline. Saya mengharapkan kejayaan Kenny dan Caroline dan berharap mereka boleh menjulang trofi itu.”

Bintang tenis Perancis yang terkenal dengan perwatakannya di dalam gelanggang menarik diri daripada kejohanan Piala Hopman. – Reuters
Bintang tenis Perancis yang terkenal dengan perwatakannya di dalam gelanggang menarik diri daripada kejohanan Piala Hopman. – Reuters

Pengunduran itu dibuat beberapa minggu selepas finalis Terbuka Perancis, Lucie Safarova menarik diri dari pasukan Czech kerana mengalami kesakitan. Australia juga kehilangan pemain setempat, Casey Dellacqua kerana kecederaan pada bulan lalu.

“Malang mendengarkan Gael tidak dapat beraksi di Perth. Kami mendoakannya sembuh bagi beberapa minggu lagi menjelang Terbuka Australia,” kata pengarah pertandingan Hopman yang bersara, Paul Kilderry.

Beraksi dalam pertandingan campuran bermula pada Ahad, dengan Australia diberikan dua skuad untuk mengisikan beberapa pemain dalam pertandingan. Pegawai masih menunggu ketibaan Serena Williams dari AS, dengan pemain lelaki nombor dua dunia, Andy Murray sudah selamat sampai di Perth untuk bergabung bersama pasukan Britain bersama Heather Watson.

ARTIKEL YANG SAMA