Monfils tersingkir pusingan pertama

Monfils tersingkir pusingan pertama

PARIS, 3 Nov (Reuters) – Gael Monfils tersingkir pada pusingan pertama kejohanan Paris Masters semalam apabila tumpas 2-6 7-6(7) 6-4 kepada rakan senegaranya Benoit Paire.

Monfils, pemain nombor 20 dunia, pada awalnya kelihatan bakal meraih kemenangan mudah di Dewan Bercy selepas mendahului kedudukan, namun dia kemudian hilang focus.

Paire memaksa tiebreak, yang dimenanginya 9-7, dan meneruskan permainan dengan penuh keyakinan.

Perlawanan seterusnya Paire ialah menentang seorang lagi pemain Perancis, Gilles Simon.

Bakat-bakat muda Bernard Tomic dari Australia dan Dominic Thiem dari Austria kedua-duanya mara ke pusingan kedua, di mana mereka akan masing-masing bertemu dengan pilihan keempat Stan Wawrinka dan pilihan ke-11 Kevin Anderson.

Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic mula bermain hari ini dalam pusingan kedua menentang pemain dari Brazil, Thomaz Bellucci.

ARTIKEL YANG SAMA