Monfils ungguli Terbuka Washington

Monfils ungguli Terbuka Washington

WASHINGTON, 25 Julai – Pemain Perancis, Gael Monfils menyelamatkan mata penentuan dan bangkit merangkul gelaran keenam ATP apabila menewaskan Ivo Karlovic 5-7, 7-6 (8/6), 6-4 di final Terbuka Washington, awal pagi tadi.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang tidak pernah bergelar juara sejak tahun 2014 di Montpellier, menyambar gelaran ATP pertama di luar Eropah dan gelaran pertama di gelanggang terbuka sejak di Sopot pada 2005 di samping membawa pulang hadiah utama AS$348,200.

Monfils mematikan 27 servis ‘ace’ daripada bintang 37 tahun Croatia itu, dengan membalas semula 16 pukulan yang sama.

Dia menamatkan penguasaan bersih 70 pukulan servis kencang Karlovic apabila pemain Croatia mengambil servis pada permainan ke-10 di set kedua.

Aksi Monfils ketika mengembalikan puku-lan semasa menentang Ivo Karlovic Croatia dalam perseorangan lelaki akhir Terbuka Washington semalam. – AFP
Aksi Monfils ketika mengembalikan puku-lan semasa menentang Ivo Karlovic Croatia dalam perseorangan lelaki akhir Terbuka Washington semalam. – AFP

Monfils muncul selaku pemain ketiga Perancis memenangi mahkota Washington selepas Yannick Noah pada tahun 1985 dan Arnaud Clement pada tahun 2006.

“Kejohanan ini begitu bermakna buat saya,” kata Monfils.

“Apabila kali pertama tiba di sini saya nampak nama (juara) Arthur Ashe, Yannick Noah – dan mereka ini menjadi sumber inspirasi saya.

“Saya gembira untuk melihat nama saya kini berada sebaris dengan mereka.” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA