Mong Joon marah AFC

Mong Joon marah AFC

SEOUL, 3 Sept (Reuters) – Calon presiden FIFA dari Korea Selatan Chung Mong-Joon mendakwa Konfederasi Bolasepak Asia

(AFC) menghantar ‘surat urusan’ menggesa ahli supaya menyokong pencabarnya Michel Platini pada pemilihan tahun depan.

Dalam satu kenyataan hari ini Chung berkata surat dihantar itu meminta ahli menandatangani borang sokongan terhadap Platini yang memegang jawatan presiden UEFA.

Chung berkata surat terbabit melanggar garis panduan pemilihan FIFA dan mengugut dengan ‘memandang rendah keadilan’ pemilihan yang akan berlangsung tahun depan mencari pengganti Sepp Blatter.

“Presiden AFC Sheikh Salman secara terbuka menyokong presiden UEFA Michel Platini,” menurut kenyataan itu. “Kami diberitahu surat dihantar kepada hampir keseluruhan ahli AFC.

Ahli negara AFC menerima surat terbabit adalah China, Jepun, Mongolia, India dan Singapura. Dua negara tidak menerima adalah Korea Selatan dan Jordan.”