Monk: Newcastle bermain buruk

Monk: Newcastle bermain buruk

SWANSEA, United Kingdom, 16 Ogos (AFP) – Pengurus pasukan Swansea, Garry Monk mendakwa Steve McClaren dari Newcastle cuba menyingkirkan pemain sayap Ecuador, Jefferson Montero daripada permainan dalam kemenangan pasukan dari Wales itu 2-0 di Stadium Liberty semalam.

Jaringan Bafetimbi Gomis dan Andre Ayew menyaksikan Swans menewaskan Magpies dalam pertemuan Liga Perdana tetapi Monk berang dengan layanan terhadap Montero.

“Saya rasa Jeff sedikit diam hari ini, tetapi anda boleh melihat taktik mereka pada dasarnya mahu menyingkirkannya,” kata Monk, yang menegaskan pertahanan Newcastle, Daryl Janmaat layak diarah meninggalkan padang kerana cabaran kerasnya ke atas Montero.

“Bagaimanapun, semua pujian kepada pengadil (Mike Jones), dia mengesannya lebih awal dan pemain itu diarah meninggalkan padang. Dia perlu dilindungi.”

Montero meletakkan pasukan McClaren dalam masalah pada separuh masa pertama yang menyaksikan Gomis memberikan pendahuluan Swanswea pada minit kelapan. Pada akhirnya pengadil Jones hilang sabar dengan Janmaat, yang dilayangkan kad kerana cabaran ke atas pemain sayap itu pada minit ke-16.

Lima minit sebelum berakhirnya separuh masa pertama, pemain dari Belanda itu dilayangkan kad kuning kedua kerana menarik jersi pemain berusia 25 tahun itu.

McClaren kurang gembira dengan Jones kerana melayangkan kad kuning kedua dan mendakwa pengadil itu mungkin sedikit terburu-buru.

“Saya rasa kad kuning kedua adalah kejam. Ia masih jauh daripada jaringan,” kata McClaren. “Ok, Daryl mahu kemunculannya diketahui – yang dia perlu lakukan – tetapi sedikit samseng. Saya rasa pengadil mungkin berlembut. Saya boleh mengadu tetapi mungkin sukar. Selepas itu ia begitu sukar.”

McClaren dalam tindak balas terhadap dakwaan Monk bahawa Newcastle menyasarkan Montero berkata: “Saya tidak rasa kami berupaya melakukannya (menyingkirkannya). Saya tidak rasa perlawanan mewakilinya sekarang. Pasukan kami adalah pasukan bola sepak. Kami bukan seperti itu, jadi saya mempertikaikannya.”

ARTIKEL YANG SAMA