Montella kemudi Rossoneri

Montella kemudi Rossoneri

MILAN, 29 Jun (AFP) – Jurulatih Sampdoria, Vicenzo Montella dilantik sebagai jurulatih baharu AC Milan untuk kontrak selama dua tahun, umum pasukan Serie A itu semalam.

Jurulatih berumur 42 tahun itu menggantikan Cristian Brocchi, yang mengambil alih jawatan itu untuk sementara sejak Sinisa Mihajlovic dipecat pada April lalu.

Milan mengakhiri musim lalu menduduki kedudukan ketujuh, dengan terlepas peluang ke Eropah.

“Kelab ini yakin sistem permainan yang bijak oleh jurulatih Rossoneri yang baru akan menghasilkan kejayaan dan kerjasama positif,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Selepas kekalahan 1-0 dalam final Piala Itali kepada Juventus pada Mei lalu, Brocchi mengetahui yang tugasnya berada dalam keadaan bahaya.

Sejak pemergian Massimi-liano Allegri pada Januari 2014, beberapa siri pengurus – Filippo Inzaghi, Clarence Seedorf, Mihajlovic and Brocchi – datang dan pergi ke San Siro tanpa mencipta kejayaan.

Montella, bekas penyerang yang bermain untuk Roma dan Sampdoria, adalah salah seorang pengurus muda yang berada dalam Serie A.

Dia menyertai Milan selepas bersama with Catania, Fiorentina dan kelab lamanya Sampdoria.

ARTIKEL YANG SAMA