Montezemolo bersimpati

Montezemolo bersimpati

MILAN, 5 Feb – Bekas ketua Ferrari, Luca de Montezemolo mengakui mempunyai ‘berita tidak baik’ berhubung keadaan legenda Formula Satu, Michael Schumacher.

Bekas juara dunia tujuh kali itu cedera di kepala dalam insiden kemalangan ketika meluncur ski di Pergunungan Alps, Perancis pada Disember 2013 dan menghabiskan masa enam bulan dalam keadaan koma sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Switzerland untuk meneruskan proses pemulihan.

“Saya menerima berita mengenainya secara berterusan dan malangnya ia bukanlah berita baik,” kata Montezemolo apabila ditanya keadaan terkini Schumacher di Milan.

Montezemolo bagaimanapun tidak memberi perincian tentang keadaan Schumacher yang berumur 47 tahun tetapi berkata, “Dia adalah pemandu paling berjaya yang Ferrari pernah ada”.

Dia pernah mengalami satu kemalangan sepanjang kariernya, pada 1999 dan ia adalah kesilapan kami, bukan dia. “Malangnya, kemalangan ski itu merosakkan kehidupannya.”

Montezemolo mengakui mendengar berita yang kurang menyenangkan mengenai legenda Formula Satu, Michael Schumacher ketika ditanya mengenai keadaannya terkini. - Reuters
Montezemolo mengakui mendengar berita yang kurang menyenangkan mengenai legenda Formula Satu, Michael Schumacher ketika ditanya mengenai keadaannya terkini. – Reuters

Dengan spekulasi mengenai kesilapan Schumacher dalam kemalangan itu yang menyebabkan dia koma lebih dua tahun, Montezemolo bagaimanapun mempertahankan bekas juara itu.

“Ia tidak benar yang Michael tidak berhati-hati ketika meluncur ski. Apabila dia berada di laluan ski, dia selalu berhati-hati,” katanya.

“Lebih daripada segala-galanya, apabila meluncur ski dia selalu sangat berhati-hati.”

Pengurus Schumacher, Sabine Kehm menafikan kenyataan Montezemolo itu apabila dihubungi saluran Sky Sports. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA