Montolivo sokong kempen Mihajlovic

Montolivo sokong kempen Mihajlovic

MILAN, 7 April (AFP) – Kapten AC Milan Riccardo Montolivo mempertahan jurulatihnya Sinisa Mihajlovic yang bergelut dalam saingan Serie A dengan persediaan bertemu Juventus bakal menjadi penentu peluang mereka bermain di Eropah pada musim depan.

Dengan kelayakan Liga Juara-Juara kini dilihat mustahil – Milan berada 14 mata di belakang pasukan tempat ketiga, Roma dengan berbaki tujuh perlawanan – Rossoneri bertarung untuk layak ke Liga Europa.

Tetapi mereka kini mempunyai pilihan dan kedua-duanya tidak mudah. Sementara kekalahan kepada Atalanta hujung minggu lalu menyebabkan Rossoneri menduduki kedudukan keenam, Milan mengekori lawan Inter, yang menduduki tempat kelima dan juga tiket kelayakan akhir Liga Europa dengan perbezaan enam mata.

Lagi satu kemungkinan bagi Milan untuk turut serta adalah menerusi kejayaan di Piala Itali, tetapi pada final 21 Mei ini mereka berdepan Juventus yang kini dalam rekod memenangi gelaran Serie A kali kelima berturut-turut.

Pasukan Mihajlovic akan mempunyai peluang mengukur tahap kesukaran yang bakal dihadapi mereka apabila menerima kunjungan Juventus di San Siro dalam saingan liga Sabtu ini.

Montolivo (tengah) tetap mempertahan jurulatihnya Mihajlovic (kiri) yang bergelut dalam saingan Serie A. – AFP
Montolivo (tengah) tetap mempertahan jurulatihnya Mihajlovic (kiri) yang bergelut dalam saingan Serie A. – AFP

Dalam masa yang sama, Mihajlovic menambahkan lagi tekanan dengan mengerah pemainnya untuk kembali bangkit daripada satu lagi musim yang mengecewakan.

Kekalahan di Atalanta menyebabkan Milan kini memperoleh hanya dua mata daripada empat perlawanan, menyebabkan jurulatih Serbia itu memaksa pemainnya melakukan ‘retreat’ – beberapa siri latihan dengan bilik kecil bagi merehatkan diri di luar.

“Saya tidak rasa ada keperluan dengan penyelesaian menerusi arahan untuk kami pergi retreat,” kata Montolivo.

“Pasukan ini dan selalu akan berada di belakang Mohajlovic. Saya mengenali dia lebih berbanding orang lain di sini dan apabila dia di bawah tekanan, dia akan melakukan yang terbaik.”