Montreal, Sea...

Montreal, Seattle menang playoff MLS

MONTREAL, 23 Nov – Gol babak kedua pemain pertahanan Cameroon Ambroise Oyongo memberikan Impact Montreal kemenangan 3-2 ke atas Toronto FC pada pusingan pertama playoff separuh akhir Major League Soccer (MLS).

Seramai 61,004 penonton yang memenuhi Stadium Olimpik Montreal terpaksa menunggu perlawanan tertangguh 40 minit untuk mengecat semula kawasan penalti dan menyaksikan tuan rumah merebut kelebihan tiga gol terima kasih kepada Dominic Oduro, Matteo Mancosu dan Oyongo.

Tetapi pemain Toronto Jozy Altidore dan Michael Bradley menjaringkan gol pada minit terakhir untuk jaringan penting di tempat lawan.

“Kami menang tetapi terasa seperti tewas kerana gol di tempat lawan,” kata Oduro. “Tetapi saya masih fikir kami mempunyai pasukan yang baik. Kami melakukan yang terbaik menentang pasukan yang baik. Kita masih boleh melakukannya.”

Pusingan kedua akan diadakan pada 30 November dengan gol agregat bakal menghadiahkan mahkota Eastern Conference crown dan slot pada final Piala MLS 1o Disember menentang sama ada Seattle Sounders atau Colorado Rapids.

Pemain Montreal Impact Oyongo meraikan jaringan semasa menentang Toronto FC di Montreal, kelmarin. – AFP
Pemain Montreal Impact Oyongo meraikan jaringan semasa menentang Toronto FC di Montreal, kelmarin. – AFP

Seattle membenam Colorado 2-1 dalam dua aksi pembukaan Western Conference Selasa, dengan perlawanan semula untuk menentukan finalis pertama akan berlangsung Ahad ini.

Montreal yang menewaskan Toronto 3-0 tahun lepas pada pusingan kalah mati playoff MLS, melonjak di depan pada minit ke-10 terima kasih kepada bekas pemain Toronto Oduro.

Kapten Impact Patrice Bernier yang juga midfield Kanada, meledakkan hantaran sempurna kepada Oduro di sayap kanan dan penyerang Ghana berusia 31 tahun itu meledak melepasi penjaga gol Toronto Clint Irwin.

Pada minit ke-12, Montreal meledak lagi ketika penyerang Argentina Ignacio Piatti memberikan hantaran dengan kaki kiri kepada penyerang Itali Mancosu, yang meledak dari tengah-tengah kawasan penalti sehingga menggegar gawang.

Oyongo, 25, menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-53. Beliau membawa bola dari separuh padang menggelecek tanpa tekanan ke kawasan penalti Toronto sehingga meledak dengan kaki kiri ke sudut kiri gawang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA